Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah lori tangki minyak dengan muatan diesel merempuh bahagian belakang lori treler sehingga menyebabkan kebakaran. Foto: Bomba Sarawak

Lori tangki minyak terbakar akibat langgar treler

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 4 April: Sebuah lori tangki minyak dengan muatan diesel merempuh bahagian belakang lori treler sehingga menyebabkan kebakaran pada bahagian pemandu di Jalan Pesisir Bintulu-Samalaju pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu pada  jam 9.10 pagi tadi dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong dengan bantuan BBP Bintulu ke lokasi kejadian.

 

 

Lori tangki minyak dengan muatan diesel merempuh bahagian belakang lori treler berjaya dipadam bomba. Foto: Bomba Sarawak

““Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, didapati berlaku kemalangan melibatkan sebuah lori tangki minyak yang merempuh belakang sebuah lori treler,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kebakaran tersebut menyebabkan kerosakan lebih kurang 40 peratus lori berkenaan.

“Ketua Operasi terus membuat size up dan mengarahkan anggota untuk memadam kebakaran tersebut menggunakan sumber buih dari tangki jentera sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya,” katanya.

Operasi pemadaman tersebut turut melibatkan tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan