Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Maimunah Serah mewakili zon 4 Kampung Samariang Batu menerima Bakul Rahmah dari Aaron. Foto; TVS.

Kampung Samariang Batu lokasi pertama Jelajah Gerak Rahmah 2023-Jom Masak Bubur Labuk

KUCHING, 1 April: Kampung Samariang Batu terpilih sebagai lokasi pertama daripada tiga kawasan di Kuching bagi siri jelajah Jom Masak Bubur Lambuk, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.

Menurutnya, siri jelajah berkenaan merupakan initiatif terbaharu Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Kementerian Perpaduan Negara (KPN) diadakan secara serentak di seluruh negara.

“Ia bertujuan untuk memperkasa dan meningkatkan aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelawan di kawasan rukun tetangga (KRT).”

 

Aaron (kedua dari kiri) mengacau bubur lambuk sebagai simbolik perasmian program Gerak Rahmah 2023-Jom Masak Bubur Lambuk. Foto: TVS.

“Ini adalah satu aktiviti yang diadakan diseluruh negara secara serentak dan aktiviti seumpama ini dapat menyemarakkan perpaduan pelbagai kaum dan agama.

“Kita dapat lihat tadi yang datang bukan sahaja berbangsa Melayu tetapi juga bangsa Cina, Iban dan pelbagai kaum lain lagi.

Aaron berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program berkenaan pada Sabtu.

Majlis turut menyaksikan Aaron menyampaikan sumbangan Bakul Rahmah kepada 10 penduduk mewakili zon dari Kampung Samariang Batu

Aaron juga turut meluangkan masa mengacau lambuk dan menyerahkan hidangan tersebut kepada penduduk kampung yang mengambilnya di dewan serbaguna dan secara pandu lalu.

Sebanyak 132 lokasi telah dikenal pasti di seluruh Sarawak dalam program Gerak Rahmah 2023 dengan pelbagai pengisian yang berbeza.

Program Jom Masak Bubur Lambuk ini akan diteruskan di daerah Sibu pada minggu hadapan.

Hadir sama Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Ketua Setiausaha Perpaduan Negara Dato Indera Noridah Abdul Rahim dan Pengarah Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional Sarawak Dirwana Azool.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan