Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
(Gambar kiri) Polis memberkas seorang suspek berhubung kes pembunuhan model Abby Choi di Hong Kong, baru-baru ini. Foto: TVB/ Edaran melalui REUTERS. (Gambar kanan) Garisan polis dipasang di luar rumah, lokasi sebahagian mayat Abby Choi ditemui. Foto: REUTERS/Tyrone Siu.

Kes bunuh Abby Choi: Suspek keenam berjaya ditahan

ByReuters

HONG KONG, 3 Mac: Polis berjaya menahan suspek keenam dalam kes pembunuhan selebriti media sosial, Abby Choi.

Lelaki berusia 41 tahun, merupakan pekerja di sebuah syarikat kapal layar, ditahan pada Khamis kerana disyaki bersubahat dan membantu suspek utama pembunuhan terbabit melarikan diri dari Hong Kong.

Baca artikel berkaitan:

  1. 1. Polis temui kepala, tulang rusuk dalam periuk sup, dipercayai milik Abby Choi
  2. 2. Kes bunuh Abby Choi: Empat bekas ahli keluarga ditahan reman tanpa ikat jamin

Pihak berkuasa melaporkan setakat ini, lima suspek telah ditahan termasuklah bekas suami mangsa, Alex Kwong.

Kwong, 28, bapanya Kwong Kau, 65, dan abang Anthony Kwong Kong-kit, 31, didakwa membunuh Choi pada 21 Februari, manakala ibunya, Jenny Li Sui-heung, 63, dituduh menghalang proses keadilan.

Superintenden, Alan Chung berkata, “Operasi mencari anggota badan mangsa di tapak pelupusan sampah telah berakhir, namun gagal.”

Tambahnya lagi, pihak polis akan meneruskan usaha menyelesaikan kes pembunuhan Choi, yang telah menarik perhatian awam sejak 21 Feb yang lalu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan