Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Operasi masih dijalankan bagi mencari mangsa yang terselamat dalam kemalangan kereta api di bandar Tempi, berhampiran Larissa. Foto: Reuters.

Angka korban nahas kereta api di Greece meningkat 57 orang

ByBernama

ATHENS/TEMPI (Greece), 3 Mac: Angka korban nahas kereta api di utara Greece meningkat kepada 57 orang dengan sekurang-kurangnya 10 lagi masih hilang, lapor Agensi Anadolu.

Anggota penyelamat dan bomba masih menjalankan operasi bagi mencari mangsa yang terselamat selepas kereta api penumpang yang membawa lebih 350 orang itu bertembung dengan kereta api barang di bandar Tempi, berhampiran Larissa.

Baca artikel berkaitan > > > Sekurang-kurangnya 38 maut dalam nahas kereta api Greece

Ketua perkhidmatan forensik bandar Larissa, Rubini Leontari, berkata sekurang-kurangnya 14 lagi mayat rentung ditemukan pada Khamis.

Beliau berkata beberapa gerabak terbakar dan dikhuatiri ramai mangsa yang terperangkap.

Sekurang-kurangnya 72 penumpang yang cedera dimasukkan ke hospital dengan 15 daripada mereka telah discaj manakala enam lagi kritikal.

Mangsa termasuk sembilan pekerja kereta api dan pelajar universiti.

Pakar psikologi juga dihantar ke Hospital Besar Larissa untuk memberi sokongan kepada keluarga mangsa dan penumpang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan