Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Cuaca sejuk menjadi cabaran misi kemanusian. Foto: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)

Perjalanan darat 18 jam serta cuaca sejuk, cabaran misi kemanusiaan di Turkiye

ByDayu Adruce

TURKIYE, 10 Feb: Perjalanan darat selama 18 jam dengan jarak lebih 1,000 kilometer dari Istanbul ke lokasi gempa bumi di Gaziantep, serta cuaca sejuk menjadi cabaran utama misi kemanusiaan gempa Turkiye-Syria Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Sani Araby Al-Kahery berkata situasi sukar yang diharungi itu tidak mematahkan semangat misi kemanusiaan mereka.

“Inilah adalah satu permulaan yang mana kita datang di atas kapasiti sebagai seorang Muslim, sebagai rakyat Malaysia bagi menzahirkan sokongan kepada mangsa-mangsa yang diuji berat di Gaziantep,” katanya.

Beliau yang juga ketua misi kemanusiaan itu menambah antara bantuan awal yang diberikan ialah menyediakan kelengkapan keperluan selimut tebal, khemah, makanan panas dan sokongan kerohanian kepada mangsa.

Menurut Dr Sani, misi bantuan berkenaan turut disokong agensi Wakaf Kerajaan Turkiye (TDV) dalam memastikan misi berjalan lancar dan bantuan tersebut segera tiba kepada mangsa yang terkesan.

Tambahnya lagi, sejumlah RM1 juta diperuntukkan MAPIM untuk misi kali ini dan Dr Sani mendedahkan sejumlah RM4 juta disasarkan untuk membantu mangsa-mangsa gempa di Turkiye dan Syria. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan