ADUN Daro, Safiee Ahmad bersalaman dengan penduduk setelah tiba untuk meninjau perkembangan terkini projek pembinaan Jalan Passin-Jemoreng. Foto; TVS

Projek Jalan Passin diteruskan, bukti kesungguhan kerajaan Sarawak

DARO, 2 Feb: Komitmen meneruskan projek pembinaan Jalan Passin di sini membuktikan kesungguhan kerajaan Sarawak menyediakan kemudahan terbaik untuk rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad optimis projek pembinaan jalan raya sepanjang 17.6 kilometer itu bakal mengubah kawasan berkenaan.

Menurutnya projek berkenaan dijangka siap pada tahun 2025.

“Perkara yang menggembirakan kita pada hari ini seperti yang dimaklumkan Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Ir Aidel Lariwoo tadi (semalam), bahawa kerajaan negeri telah memberi satu jaminan bahawa projek Jalan Passin akan diteruskan”.

“Jadi kontraktor ini nanti, sudah pastinya di antara yang terbaik, yang mempunyai reputasi yang bagus dan diyakini projek ini akan diteruskan walaupun berlaku sedikit kelewatan,” katanya demikian ketika ditemui pemberita pada Rabu.

Safiee memberitahu lagi kerajaan Sarawak turut menyediakan peruntukan bagi memastikan pembangunan kawasan yang mempunyai tujuh buah rumah panjang itu tidak ketinggalan.

Sehubungan itu, beliau amat mengharapkan kerjasama semua pihak terutama pemimpin masyarakat dalam memastikan pelaksanaannya berjalan dengan sempurna.

“Ia merupakan projek baharu yang pertama kali kita bina dan ia banyak memerlukan sokongan dan dokongan masyarakat setempat”.

“Jadi, kita mohon sekiranya ada sebarang keperluan atau logistik yang diperlukan oleh pihak kontraktor nanti akan mendapat kerjasama yang baik daripada masyarakat setempat. Ini adalah komitmen kerajaan Sarawak bagi mengutamakan keselesaan rakyat sentiasa diteruskan,” katanya lagi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan