Lima program TVS yang mendapat tontonan paling banyak di YouTube 2022

ByTiana Azni

Sejak mula beroperasi pada tahun 2020, TVS telah menyajikan penonton dengan pelbagai jenis kandungan termasuklah program wawancara, hiburan dan dokumentari.

Jika anda pernah membaca artikel ’10 program TVS yang paling banyak ditonton di YouTube’, bagi tahun 2022 pula, senarainya sedikit berlainan dari senarai yang terdahulu. Mari kita mulakan dengan program yang mendapat tontonan paling tinggi…

1. Malaysia Decides: Datuk Seri Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia Ke-10 (Penonton: 220,900+)

Malaysia Decides merupakan program wawancara khas bersempena Pilihan Raya ke-15 (PRU-15), yang menampilkan tetamu jemputan iaitu Dr Nur Aida Kipli, Dato Dr Jeniri Amir dan Dick Lembang bersama-sama dengan hos TVS untuk menganalisis suasana politik PRU-15.

Episod ini mendapat tontonan paling tinggi berbanding episod yang lain kerana ia boleh dianggap sebagai ‘episod kemuncak’ di mana Datuk Seri Anwar Ibrahim baharu sahaja dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10.

2. TVS Live: Konsert Berkat Gawai (Penonton: 53,300+) 

TVS Live telah mengadakan sebuah konsert khas bagi penonton bersempena dengan Hari Gawai. Antara tarikan episod ini termasuklah artis jemputan Winnie Albert yang bersuara lunak dan dikatakan setanding dengan artis terkemuka tanah air, Dato Siti Nurhaliza.

Apa tunggu lagi? Ayuh berhibur dengan Konsert Berkat Gawai 2022!

3. Siri Tembawai Kanyuk (Penonton: 48,500+)

Tembawai Kanyuk merupakan sebuah drama komedi Iban pertama disiarkan di Malaysia. Siri ini menceritakan tentang warna-warni kehidupan penghuni di Rumah Panjang Empeting Anak Baong.

Pastinya siri ini menjadi ‘trending’ sepanjang tahun bukan sahaja kerana jalan ceritanya yang mencuit hati namun juga menjadi ‘pembuka mata’ kepada adat dan budaya di rumah panjang.

4. Bujang Berani: Wira Renjer 1 (Penonton: 15,300+)

Bujang Berani memaparkan sejarah pasukan-pasukan keselamatan yang terdiri daripada anak jati Sarawak seperti Iban Trackers, Sarawak Rangers, Border Scouts, Pasukan Polis Hutan dan Rejimen Renjer Diraja. Setiap episod akan menjejaki dan memaparkan patriot kelahiran Sarawak yang telah berkhidmat dengan pasukan-pasukan keselamatan ini yang berjuang melawan musuh negara satu ketika dahulu.

5. Malaysia Decides Capsule: P.127 Bintulu (Penonton: 14,500+) 

Dalam siri Malaysia Decides Capsule ini, wartawan TVS bersama dengan pihak produksi telah mengembara ke seluruh Sarawak untuk menggambarkan tarikan serta mendidik penonton tentang latar belakang politik yang ada di setiap tempat.

Adakah program kegemaran anda termasuk di dalam senarai di atas?

Kami berharap anda sentiasa setia bersama TVS dan pastinya kami akan sajikan anda dengan pelbagai program menarik pada tahun ini.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan