Rampasan dadah jenis Methamphetamine atau syabu yang dirampas daripada suspek berkenaan. Foto: TVS

Tidak serik menagih dadah, lelaki ditangkap enam kali sejak 2018

SIBU, 1 Jan: Seorang penggangur berusia 34 di sini tidak serik menjadi ‘tahi dadah’ walaupun telah ditangkap sebanyak enam kali sejak 2018.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, lelaki tempatan terbabit ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Lorong Nanyang Garden 6 di sini sekitar jam 3.30 petang pada Sabtu.

“Dalam serbuan itu, polis telah merampas satu paket plastik lutsinar bersaiz sederhana dan tujuh paket plastik kecil disyaki dadah jenis Methamphetamine seberat 5.02 gram bernilai RM500 di lokasi tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, ujian saringan air kencing yang dijalankan turut mendapati suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

“Semakan rekod polis mendapat suspek mempunyai kes lampau berkaitan dadah dan ini merupakan kali ke enam dia ditangkap berkaitan kesalahan penyalahgunaan dadah sejak 2018,” dedah beliau.

Zulkipli berkata, saspek ditangkap dibawah Seksyen 39a (1) Akta dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1) akta yang sama ADB 1952 dan telah direman selama empat hari bagi membantu siasatan lanjut.

Jelasnya, jika sabit kesalahan, Seksyen 39a (1) ADB 1952 memperuntukkan hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan manakala bagi kesalahan dibawah Seksyen 15(1) (a) denda tidak lebih RM500 dan penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali serta pengawasan selama dua tahun dibawah Seksyen 38B ADB 1952. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan