Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan. Foto: Bernama

Ahmad Zahid, Fadillah ucap Selamat Ulang Tahun ke-48 kepada UTK PDRM

ByBernama

KUALA LUMPUR, 1 Jan: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Md Yusof mengucapkan selamat ulang tahun ke-48 kepada Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang disambut hari ini.

Ahmad Zahid dan Fadillah, yang berkongsi ucapan melalui rakaman video di laman Twitter masing-masing, berkata peranan PDRM khususnya UTK adalah amat penting dalam menjaga keselamatan serta ketenteraman awam dan bukan hanya bertindak melindungi pemimpin penting kerajaan.

“Saya harapkan sebagai sebuah pasukan elit di bawah PDRM, UTK  harus terus tersohor sebagai sebuah unit yang bukan hanya menjaga tugas PDRM tetapi juga terus menjaga negara terutamanya orang penting (VIP) atau orang kenamaan (VVIP) yang perlukan bantuan kawalan.

“Namun saya yakin tugas UTK lebih besar dan berat daripada itu, mudah-mudahan ulang tahun kali ini akan terus memberikan semangat kepada pegawai dan anggota UTK seluruh negara,” kata Ahmad Zahid.

Fadillah pula berharap semua warga UTK selamat dan dilindungi sepanjang menjalankan tugas berat menjaga keselamatan serta kesejahteraan negara.

“Penghargaan dan terima kasih juga atas kawalan keselamatan yang diberikan pada saya sebagai Timbalan Perdana Menteri… menghargai jasa UTK yang begitu komited dalam memikul tugas dan amanah diberikan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan