KUCHING, 12 Dis: Seramai 33 penghuni hilang tempat berteduh apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Pulo Ulu di sini pada awal pagi ini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, kebakaran itu membabitkan lima rumah.
Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan.
Bomba menerima panggilan pada pukul 1:46 pagi dan menggerakkan anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Petrajaya, Kuching dan Tabuan Jaya ke lokasi.
Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 2:18 pagi manakala operasi tamat sepenuhnya pada 5:51 pagi. – TVS



