Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Aaron Anak Dagang (Menteri Perpaduan Negara) mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Menteri Persekutuan di Istana Negara hari ini. Foto: Bernama.

Berubah portfolio, Aaron kini menerajui Kementerian Perpaduan Negara

ByBernama

KUCHING, 3 Dis: Wakil rakyat Kanowit sejak 2004, Datuk Aaron Ago Dagang daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) kini menerajui Kementerian Perpaduan Negara.

Aaron merupakan antara lima Ahli Parlimen Sarawak dilantik dalam barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Beliau sebelum ini menyandang jawatan Timbalan Menteri Kesihatan II dari 2020 sehingga 2022 di bawah dua Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pemimpin Sarawak berusia 64 tahun itu memasuki gelanggang politik pada 2001 apabila dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia ketika itu Datuk Amar Leo Moggie.

Aaron kemudian diberi kepercayaan meneruskan legasi Moggie sebagai Ahli Parlimen Kanowit apabila bekas Presiden Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) itu mengundur diri selepas berkhidmat selama tujuh penggal.

Beliau pertama kali bertanding sebagai wakil rakyat pada usia 45 tahun dan meraih kemenangan buat kerusi Kanowit pada Pilihan Raya Umum ke-11 (PRU11)

Aaron pernah menjadi ahli PBDS dan Parti Demokratik Progresif Sarawak sebelum mengambil keputusan menyertai Parti Rakyat Sarawak (PRS) pada 2005 hingga kini.

Berkelulusan ijazah perhutanan daripada Universiti Putra Malaysia serta ijazah sarjana daripada Universiti Gottingen, Jerman, Aaron pernah berkhidmat dengan Jabatan Perhutanan Sarawak selama 16 tahun.

Pada PRU15, beliau mempertahankan kerusi Parlimen Kanowit dalam pertandingan lima penjuru selepas memperoleh 7,411 undi dengan 236 undi majoriti. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan