Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Red Kaderi (dari kiri) Jiggy Masin dan Rody Kristal

Apa kata keluarga Getaran Jiwa?

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 10 Nov: Hampir masuk minggu keempat dan walaupun baru lagi ditayangkan tetapi program terbitan TVS, Getaran Jiwa masih berjalan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton.

Selain dari peserta, ada lagi pihak bertanggungjawab dalam memberi sinar kepada Getaran Jiwa agar terus berjalan lancar dan mereka adalah sebahagian keluarga Getaran Jiwa yang juga membantu menjayakan program itu.

Pelakon dan pelawak, Jiggy Masin salah seorang pengacara Getaran Jiwa tidak menyangka, penerimaan di Sarawak mendapat respon yang positif dari warga Sarawak yang sebelumnya mengakui agak gementar dengan penerimaan rakyat Sarawak terhadap cara penyampaian dalam mengacara dan berlawak.

“Sejujurnya apabila saya menerima tawaran untuk menjadi sebahagian dari Getaran Jiwa, saya agak takut jika penerimaan saya di sini tidak diterima, mungkin dari segi cara saya berlawak atau mengacara lain dari apa yang mereka inginkan.

“Orang Sarawak sangat peramah dan saling menyokong. Setiap kali sebelum dan selepas persembahan misalnya, saya berada di luar seperti Pusat Membeli-Belah, para peminat akan menyapa saya.

“Sejujurnya juga saya berharap dapat bekerja di Sarawak di mana menurut rakan industri saya, ‘vibes’ di Sarawak lain daripada yang lain.

Menurut Tenaga Pengajar Vokal Getaran Jiwa Red Kaderi, peserta pada minggu keempat ini menyampaikan lagu sedikit dengan genre yang berbeza pada minggu sebelumnya dan pada masa yang sama, Red juga berharap agar persembahan peserta minggu ini akan lebih menyinar dan gempak berbanding minggu sebelumnya.

“Pada minggu keempat ini, akan ada beberapa peserta yang menyampaikan lagu dengan genre yang berbeza dan saya harap persembahan pada minggu ini akan lebih menyinar dan gempak berbanding minggu sebelumnya.

“Apa yang saya lihat juga, Getaran Jiwa sudah menjadi semakin ‘hangat’ dan para peserta mula faham akan konsep yang perlu disampaikan sekali gus ada penambahbaikan dari segi sudut susunan vokal dan tidak gentar membuat persembahan,” katanya.

Pemain gitar kumpulan Kristal, Rody atau dikenali sebagai Rody Kristal berkata, pihak mereka akan memberikan kebebasan kepada para peserta untuk memilih lagu namun, keputusan akhir akan ditentukan oleh mereka setelah melalui penilaian dan nasihat dari pihak muzik kepada peserta.

Rody merupakan pengarah muzik bagi Getaran Jiwa.

“Pihak kami selalunya akan memberikan kebebasan untuk para peserta memilih konsep lagu apa yang mereka ingin nyanyikan.

“Tetapi jika konsep yang dipilih mereka tidak bersesuaian, maka kami akan memilih konsep yang lain untuk mereka.

“Mereka akan membuat pilihan dalam menyampaikan lagu dan konsep, namun kami di pihak muzik juga membantu dari segi bimbingan,” ujarnya.

Konsert Getaran Jiwa seperti biasa berlangsung di Stadium MBKS Bintawa, Kuching setiap Jumaat pada pukul 8:45 malam atau boleh tonton di kaca TV di TVS saluran 122 Astro dan Mytv. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan