Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat tergempar DAP malam ini. Foto TVS.

Pulau Pinang belum putuskan bubar DUN

GEORGE TOWN, 10 Okt : Kerajaan DAP Pulau Pinang belum memutuskan akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, terdapat beberapa peringkat perlu dilalui sebelum keputusan dibuat walaupun DAP negeri mengadakan mesyuarat tergempar malam ini.

Ujar beliau, pihaknya perlu menunggu keputusan mesyuarat jawatankuasa pusat DAP malam esok selain perbincangan dengan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) negeri dan pusat.

“Kita akan memanggil mesyuarat PH Pulau Pinang esok untuk menilai dan meneliti isu sama,” katanya kepada pemberita sejurus mesyuarat tergempar DAP Pulau Pinang di sini malam ini.

Sementara itu, Kon Yeow yang juga pengerusi DAP negeri berkata, keputusan berkenaan dijangka dimuktamadkan dalam tempoh beberapa hari lagi.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Parlimen dibubarkan berkuat kuasa hari ini untuk memberi laluan kepada PRU15 menerusi siaran langsung pukul 3 petang tadi.

Sebelum ini, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tiga negeri ditadbir PH iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang tidak akan membubar DUN jika PRU15 diadakan tahun ini selepas diputuskan dalam mesyuarat Majlis Presiden, 5 Oktober lalu.

Katanya, fokus pentadbiran ketiga-tiga negeri itu kini adalah untuk menangani isu banjir yang akan memberi kesan kepada rakyat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan