Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Satu kematian akibat COVID-19 dicatatkan di Sarawak bagi tempoh 2 hingga 8 Oktober lepas, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS).

COVID-19: Satu kematian direkodkan di Miri

KUCHING, 10 Okt : Satu kematian akibat COVID-19 dicatatkan di Sarawak bagi tempoh 2 hingga 8 Oktober lepas.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, kes kematian berkenaan membabitkan pesakit di Miri.

“Sebanyak 442 kes baharu COVID-19 direkodkan di Sarawak bagi tempoh sama.

“Ini sekaligus menjadikan kes kumulatif di negeri ini sebanyak 316 120 kes sejak permulaan pandemik,”jelas JBPN menerusi kenyataan media hari ini.

JBPN turut memaklumkan, daripada jumlah kes berkenaan, sebanyak 13 berada pada kategori tiga, empat dan lima.

Sementara itu, Kuching merekodkan bilangan kes tertinggi iaitu sebanyak 160, diikuti Sibu (67), Miri (72), Bintulu (31) dan Sarikei dengan 15 kes.

Asajaya, Kanowit, Kabong dan Belaga pula tidak mencatatkan sebarang kes. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan