Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majlis Minum Petang Bersama Media anjuran CMS Berhad
Majlis Minum Petang Bersama Media anjuran CMS Berhad. Foto: Fiqri Razak (TVS)

CMS perkenal logo baharu, tekad terus berkembang

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 10 Okt : Cahaya Mata Sarawak Berhad (CMS) mengumumkan perubahan logo syarikat itu sebagai identiti baharunya.

Pengarah Urusan Kumpulan CMS, Dato Sri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib berkata ini adalah untuk terus memberi tumpuan sebagai syarikat multi-nasional.

“Kami melancarkan jenama baharu kami, seperti yang anda boleh lihat dengan logo baharu kami, ia mencerminkan transformasi CMS yang berlaku sekarang ini ketika kami sedang mengembangkan kehadiran kami di peringkat global,” katanya berucap pada majlis minum petang bersama media anjuran CMS di sini pada Ahad.

Menurutnya, sepanjang 2021, CMS telah memperkemas bahagian pengurusan dan operasi sebagai usaha untuk membawa syarikat ke tahap yang lebih tinggi.

Ia termasuk memperkukuh akauntabiliti dan integriti di semua peringkat yang turut melibatkan lembaga pengarah serta pengurusan kanan bagi memastikan pentadbiran lebih kukuh.

Beliau menaruh keyakinan bahawa CMS mampu terus kekal relevan dan menyumbang kepada sektor ekonomi Sarawak.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan