Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan cuba menipu dengan menyamar sebagai Setiausaha Sulit Tengku Mahkota Pahang, dua tahun lepas. Foto: BERNAMA

Tiga beranak didakwa dera kanak-kanak perempuan lima tahun

ByBernama

KUALA PILAH, 8 Ogos: Tiga beranak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, bulan lepas. 

Pasangan suami isteri, R. Guna Silan, 42, K. Nagamah, 41, dan anak perempuan mereka G.Nisha, 21,  didakwa bersama-sama sebagai penjaga kepada kanak-kanak itu telah mendera mangsa menggunakan rotan dan memukulnya, menendang serta menyimbah air panas.

Kejadian itu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di seluruh bahagian badan iaitu di bahagian dada, belakang badan, kedua-dua belah kaki, kepala dan muka.

Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Taman Seri Mahsan, Bandar Seri Jempol antara 15 hingga 19 Julai lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut  Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amirul Noor Hashimi mencadangkan agar ketiga-tiga tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin.

Peguam Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris yang mewakili tertuduh memohon mahkamah mengenakan jaminan minimum berikutan kesemua tertuduh memberikan kerjasama baik dengan polis selain seorang tertuduh akan melanjutkan pengajian di sebuah institusi pengajian tinggi bulan depan. 

Hakim Norma Ismail membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Ogos untuk sebutan semula kes.

Mereka membayar jaminan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan