Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lebih 6,000 pesawah terima kad perlindungan Takaful

ByBernama

KUALA LUMPUR, 8 Ogos: Lebih 6,000 pesawah yang berdaftar dengan Program Komuniti Industri Tani BERNAS (KITA) telah menerima kad perlindungan Takaful Kasih Plus Program KITA oleh Agrobank.

Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) dalam kenyataan berkata kad perlindungan takaful itu merupakan antara faedah yang diterima pesawah apabila menyertai program KITA.

“Berpegang teguh kepada moto Memperkasa Sumber Ternilai, antara objektif program KITA adalah untuk membantu meningkatkan taraf hidup pesawah dengan mencipta peluang dan nilai tambah, mendorong dan membimbing pesawah ke arah peningkatan pengeluaran hasil padi tempatan,” menurut kenyataan itu.

Menurutnya pesawah yang berdaftar melalui program berkenaan turut mendapat faedah seperti pemberian Insentif Peningkatan Hasil dan Mutu Padi selain mendapat pendedahan menerusi pelbagai program pembangunan dan latihan.

Pesawah dari Pasir Puteh, Kelantan, Che Hassan Delah, 55, berkata Program KITA merupakan satu inisiatif yang sesuai untuk mengumpulkan semua pesawah bekerjasama di bawah satu program.

“Melalui platform ini segala perbincangan serta idea boleh dikongsi bersama pesawah dari seluruh Malaysia. Kami juga diberi latihan seperti pengenalan kepada Jadual Kerja Ladang untuk meningkatkan hasil serta kualiti padi kami,” katanya menerusi kenyataan yang sama.

Sementara itu, Mohd Noor Hashim, 59, pesawah dari Kuala Perlis, Perlis meluahkan perasaan terharu apabila golongan pesawah diberi perhatian dengan faedah kad perlindungan takaful.

“Alhamdulillah dengan menyertai program ini, pesawah juga dapat menikmati pelbagai faedah yang ditawarkan program tersebut. Setelah menjadi pesawah lebih 28 tahun, ini merupakan kali pertama saya menerima faedah seperti skim perlindungan Takaful Kasih Plus ini,” katanya.

Majlis penyerahan replika kad takaful tersebut telah disempurnakan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Haslina Abdul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin dan Ketua Bahagian Pengurusan Konsesi dan Aktiviti Huluan BERNAS Abdul Rahman Mohd Nasri sewaktu Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro (MAHA) 2022 di Serdang semalam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan