Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tangkap layar video aktivis yang membuat protes terhadap hukuman gantung Kalwant Singh di hadapan Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur. Foto: Dobby Chew (Twitter)

Rakyat Malaysia Kalwant Singh jalani hukuman gantung pagi ini

ByBernama

SINGAPURA, 7 Julai : Warga Malaysia Kalwant Singh yang dijatuhi hukuman gantung menjalani hukumannya awal pagi tadi di Penjara Changi Singapura, dan jasadnya akan dibawa pulang ke Cameron Highlands lewat hari ini.

Perkara itu disahkan peguamnya Too Xing Ji ketika dihubungi Bernama.

“Ya. Dia telah menjalani hukuman,” katanya ketika dihubungi.

Mahkamah Rayuan Singapura semalam menolak rayuan terakhir Kalwant, yang pelaksanaannya ditetapkan hari ini.

Kalwant, 32, dijatuhi hukuman gantung di Singapura pada 1 Jun 2016 atas kesalahan mengedar dadah.

Sabitan dan hukumannya dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan pada tahun yang sama.

Menurut Too, upacara memperingati Kalwant akan diadakan di 38 Sin Ming Drive pada sebelah petang.

Kalwant, yang berasal dari Cameron Highlands, Pahang, ditahan di republik itu pada 24 Okt 2013, dan disabitkan atas tuduhan memiliki 60.15gm diamorphine dan mengedar 120.9gm dadah jenis itu.

Kalwant memfailkan usul kepada Mahkamah Rayuan bagi penangguhan pelaksanaan hukuman serta semakan terhadap sabitan dan hukumannya.

Permohonan penangguhan hukumannya didengar Ketua Hakim Sundaresh Menon; Hakim Andrew Phang Boon Leong; dan Hakim Tay Yong Kwang melalui platform Zoom. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan