Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili hari ini menzahirkan pendiriannya yang tidak bersetuju dengan usul Perjanjian Malaysia baharu.

Ongkili tidak bersetuju dengan usul Perjanjian Malaysia baharu

KOTA KINABALU, 7 Julai : Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili hari ini menzahirkan pendiriannya yang tidak bersetuju dengan usul Perjanjian Malaysia baharu.

Beliau berkata Perjanjian Malaysia yang asal dan ditandatangani pada 1963 atau lebih dikenali sebagai MA63, adalah satu dokumen suci serta asas berkaitan pembentukan Persekutuan Malaysia.

Ahli Parlimen Kota Marudu itu berkata langkah membuang MA63 adalah seolah-olah meninggalkan Persekutuan Malaysia.

“Tiada MA63, tiada Malaysia. Tambahan pula, dengan pindaan perlembagaan yang diluluskan sebulat suara oleh Parlimen pada Disember 2021, MA63 kini menjadi sebahagian daripada Perlembagaan Persekutuan … (usul) ini tidak akan memperkukuh Malaysia,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

“Kita mesti membina kekuatan, kedamaian dan solidariti. Kita perlu mengelak bermain dengan semantik dan politik,” katanya.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan, ketika berucap pada Konvensyen BN Sabah di Penampang Sabtu lepas, mencadangkan agar kepimpinan BN negeri itu mengusulkan Perjanjian Malaysia baharu sebagai langkah lebih konkrit ke arah merealisasikan hak-hak dan tuntutan negeri sebagaimana yang termaktub dalam MA63. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan