Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki tempatan maut dipercayai terkena tembakan daripada selaras senapang patah yang dibawa rakannya di kebun durian berhampiran Sungai Gabai di Hulu Langat, semalam. --foto IPD Kajang

Lelaki maut terkena tembakan senapang patah dibawa rakan

KUALA LUMPUR, 7 Julai : Seorang lelaki tempatan maut dipercayai terkena tembakan daripada selaras senapang patah yang dibawa rakannya di kebun durian berhampiran Sungai Gabai di Hulu Langat, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 7.15 pagi dan siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 32 tahun pergi ke kawasan itu  bersama tiga rakannya.

“Semasa dalam perjalanan, seorang rakan si mati yang membawa senjata api (iaitu senapang patah) telah tergelincir di lereng bukit dan senapang yang dipegangnya terpelanting dari tangan serta berlaku tembakan.

“Mangsa yang berada di belakang dalam jarak lebih kurang tiga meter telah terkena tembakan tersebut dan disahkan mati di tempat kejadian,” katanya kepada Bernama.

Mohd Zaid berkata terdapat beberapa kesan tembakan peluru dipercayai daripada senjata api itu pada badan mangsa.

Katanya senapang itu dilesenkan atas nama bapa saudara salah seorang rakan mangsa dan ketiga-tiga mereka, berumur lingkungan 36 hinga 43 tahun, ditahan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

Orang awam yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan balai polis terdekat atau pegawai penyiasat ASP Redzuan Mat Salleh di talian 013-7854100. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan