Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Celcom Axiata Bhd (Celcom) akan terus mempertingkat kualiti liputan dan pengalaman rangkaian 4G selaras aspirasi Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Celcom pertingkat kualiti rangkaian selaras aspirasi JENDELA

KUALA LUMPUR, 7 Julai : Celcom Axiata Bhd (Celcom) akan terus mempertingkat kualiti liputan dan pengalaman rangkaian 4G selaras aspirasi Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Wakil Kumpulan Strategi Celcom Nor Azman Sulaiman berkata syarikat telekomunikasi itu komited meluaskan liputan, mengoptimumkan rangkaian dan menambah baik kualiti rangkaian sejak beroperasi 34 tahun lepas.

Katanya, selain itu Celcom juga sentiasa memperkenalkan teknologi, servis dan ciri-ciri baharu dalam perkhidmatannya untuk mengukuhkan kualiti pengalaman jalur lebar kepada pengguna.

“Misi kita untuk menambah baik rangkaian Celcom dari dulu sampai sekarang (dengan) meluaskan liputan itu adalah selaras dengan matlamat JENDELA itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu pada Program Internet dan Anda yang disiarkan menerusi Facebook Bernama malam tadi.

Mengenai cabaran untuk perkhidmatan panggilan menerusi ‘Voice over Long-Term Evolution (VoLTE)’, Nor Azman berkata pengguna tidak dapat menggunakan perkhidmatan panggilan itu tanpa liputan 4G.

Katanya, oleh itu matlamat JENDELA dengan menambah baik liputan 4G membolehkan pelanggan menggunakan perkhidmatan data dan membuat panggilan menerusi VoLTE. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan