Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Itu bisikan pengendali skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara Brad Maloney kepada pemain tengah Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar, sebelum muncul sebagai wira pasukan dengan menjaringkan gol kemenangan ketika menewaskan Thailand 2-1, sekali gus memberikan Malaysia permulaan sempurna pada saingan bola sepak lelaki Sukan SEA ke-31.
Ketua jurulatih skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan Brad Maloney akan terus mengemudi skuad berkenaan menghadapi kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 selagi khidmatnya diperlukan.

Maloney yakin mampu bimbing Skuad B-23 ke Olimpik Paris 2024

ByBernama

KUALA LUMPUR, 6 Jun:  Ketua jurulatih skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan Brad Maloney akan terus mengemudi skuad berkenaan menghadapi kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 selagi khidmatnya diperlukan.

Ini selepas prestasi hambar skuad berkenaan yang tersingkir daripada Kejohanan Piala Asia B-23 2022 di Tashkent, Uzbekistan setelah tewas dalam dua perlawanan Kumpulan C menentang Korea Selatan dan Thailand.

“Ya, saya rasa begitu. Terlintas di fikiran saya, sesuatu yang jelas mungkin perlu berbincang dengan pihak pengurusan sebaik sahaja kembali nanti,” katanya dalam sidang media selepas ditanya jika beliau akan terus menjadi jurulatih pasukan berkenaan dan membuat persiapan untuk kejohanan seterusnya.

Skuad B23 kebangsaan tewas 1-4 kepada juara bertahan Korea Selatan pada Khamis lepas sebelum dibenam 3-0 oleh Thailand, malam tadi.

Pengendali dari Australia itu mempunyai kontrak sehingga Disember 2023.

Sementara itu, Maloney berkata beliau akan melakukan rombakan bagi skuad sedia ada bagi menghadapi perlawanan pelengkap Kumpulan C menentang Vietnam pada Rabu ini untuk sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata.

“Kita akan menilai semula dan pasti akan melihat pemain bergilir untuk perlawanan seterusnya,” katanya.

Ditanya mengenai kekalahan skuadnya kepada Thailand, Maloney berkata anak buahnya mempamerkan persembahan memuaskan pada 20 minit pertama permainan sebelum gagal mengekang gol pendahuluan Thailand pada minit ke-23. 

“Saya rasa beberapa pemain kita juga letih daripada perlawanan pertama dan seperti yang saya katakan, kita mengejar permainan dan perlu membuat beberapa perubahan untuk mencuba dan mendapatkan sesuatu daripada permainan,” katanya yang mengakui skuad Gajah Perang sememangnya layak mendapat tiga mata dengan aksi dipamerkan pemain-pemain negara itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan