Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Wanita warga emas tersesat terpaksa menunggu dalam kegelapan di kebun kelapa sawit sebelum dia ditemui selamat oleh pasukan BBP Batu Niah.

Warga emas wanita sesat dalam kegelapan ditemui selamat

BATU NIAH, 5 Mei : Seorang warga emas wanita yang tersesat terpaksa menunggu dalam kegelapan di sebuah kebun kelapa sawit sebelum dia ditemui selamat oleh pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah semalam (Rabu malam).

Wanita itu, yang dikenali sebagai Sandi Utih, berusia 81 tahun, dipercayai tersesat ketika dalam perjalanan pulang dengan berjalan kaki dari rumah anak di Rumah Edward, Simpang Pakut, dekat sini sekitar jam 4.00 petang Rabu.

Ketua BBP Batu Niah, Pegawai Bomba Tinggi (PBT) Rary Binjie, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada anak mangsa mengenai kehilangan ibunya pada jam 7.30 malam.

Ujarnya, pihaknya yang bertindak daripada maklumat, telah menggerakkan sepasukan lima anggota, termasuk tiga anggota Pasukan Bomba Bantuan (PBB), ke lokasi kejadian kira-kira 41 kilometer dari BBP Batu Niah.

Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi pada jam 8.10 malam, mereka terus dimaklumkan mengenai mangsa yang masih belum sampai di rumah setelah dia dikatakan pulang dari rumah anaknya sekitar jam 4.00 petang.

Mangsa, Sandi Utih selamat ditemui oleh pasukan BBP Batu Niah pada jam 8.10 malam. Foto: BBP  Batu Niah
Sandi Utih ditemukan selamat oleh pasukan BBP Batu Niah pada jam 8.10 malam. Foto: BBP Batu Niah

Seterusnya, katanya, operasi dimulakan bersama 10 orang penduduk rumah panjang dengan berjalan kaki melalui jalan yang dilalui mangsa.

“Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) hanya mengambil masa 25 minit untuk menemui mangsa di kawasan kelapa sawit, iaitu kira-kira 300 meter dari rumah panjang anaknya,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini (Khamis).

Menurutnya, mangsa ditemui pada jam 8.36 malam dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan.

Sandi kemudian didukung oleh seorang anggota bomba hingga ke rumahnya dan seterusnya diserahkan kepada keluarganya sebelum operasi ditamatkan.

Menurut Rary, khidmat khas SAR orang hilang tersebut merupakan kali yang kedua dilaksanakan dengan jayanya oleh BBP Batu Niah dalam tempoh dua minggu ini.

Pada 24 April lalu, seorang warga emas wanita berusia 88 tahun juga berjaya ditemukan selamat setelah tersesat di dalam hutan berhampiran Jalan Pesisir Miri-Bintulu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan