Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis Keningau menemui mayat seorang lelaki tempatan yang sudah berulat, dipercayai maut dalam satu kemalangan di Jalan Sook,Keningau.

Mayat lelaki ditemukan kembung, berulat terlibat dalam kemalangan

ByTVS

KENINGAU, 5 Mei: Polis menemui mayat seorang lelaki tempatan yang sudah berulat, dipercayai maut dalam satu kemalangan di Jalan Sook, kira-kira jam 2.30 petang pada Rabu.

Ketua Polis Keningau Deputi Superintendan (DSP) Nor Rafidah Kasim berkata mangsa terbaring disamping sebuah motosikal jenis Modenas Kris miliknya dan dipercayai terlibat dalam satu kemalangan beberapa hari sebelum penemuan.

“Mayat sudah mula kembung dan berulat, kematiannya melebihi sehari lepas,” Katanya dalam satu kenyataan media.

Siasatan polis di lokasi kejadian mendapati kemalangan berlaku semasa kenderaan motosikal yang ditunggang oleh seorang lelaki warga tempatan berusia 22 tahun bergerak dari arah Kampung Tulid, Sook menuju ke Kampung Kuit Lembah Trusmadi.

“Apabila tiba di lokasi kejadian iaitu di satu selekoh tajam, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya dan terjunam ke sisi jalan yang agak curam,” jelasnya.

Tambahnya lagi, mangsa dipercayai tercampak dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Punca sebenar kejadian masih dalam penelitian polis dan kes dirujuk dibawah Seksyen 41(1) APJ 1987 untuk siasatan lanjut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan