Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Peniaga tidak patuhi SOP di bazar Ramadan ditegur
Peniaga tidak patuhi SOP di bazar Ramadan ditegur

Polis Sibu tegur peniaga bazar Ramadan tidak patuh SOP

SIBU, 4 April : Segelintir peniaga di tiga tapak bazar Ramadan di daerah ini ditegur kerana tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

Ketua Bahagian Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu, Deputi Superintendan (DSP) Ariffin Bahar berkata, menerusi pemantauan yang dilakukan, pihaknya mengesan ada peniaga yang tidak membuat ujian RTK-Antigen COVID-19 sehari sebelumnya.

Katanya, unit pemantauan juga mengesan peniaga yang tidak menggunakan sarung tangan dan apron plastik.

“Polis tidak mengeluarkan kompaun pada hari ini namun peniaga yang tidak mengikut peraturan telah diberi teguran lisan,”katanya di sini semalam.

Ujarnya, pemantauan yang bermula pada pukul 3. 30 petang itu melibatkan tapak niaga di Taman Tasik Permai yang mempunyai 20 buah gerai, tapak berhadapan dengan Wisma Sanyan (12) , serta yang terbesar di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa II iaitu sebanyak 65 peniaga.

Ariffin berkata, pasukannya akan terus membuat pemantauan di lokasi bazar secara berkala di bandar ini sepanjang Ramadan.

“Kita mahu orang ramai menjaga kebersihan bagi menggelak penularan wabak COVID-19 di bazar yang menjadi tumpuan orang ramai di Sibu,” jelasnya.

Ariffin juga mengingatkan orang ramai supaya memakai pelitup mula ketika berada di kawasan bazar. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan