Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kerajaan Sarawak sokong program kebajikan MACMA

ByOdleen Catherny

KUCHING, 4 April : Kerajaan Sarawak menyokong pelbagai program termasuk aktiviti kebajikan yang dirancang oleh Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Cawangan Sarawak pada tahun ini.

Pengerusinya, Mohammad Tony Ong Abdullah berkata, MACMA juga terharu kerana diberi peluang melakukan kunjung hormat bertemu Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini.

Pada pertemuan itu jelas Mohammad Tony Ong, beliau sempat berkongsi perkembangan MACMA dengan Abang Johari serta aktiviti yang bakal dilaksanakan pada Ramadan kali ini.

“Antaranya MACMA telah menyediakan platform pembayaran zakat bagi mereka yang memerlukan.

“Seterusnya, kami juga bersedia untuk menjadi penyelaras kepada pihak yang ingin menghulurkan sumbangan kepada golongan kurang berkemampuan,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjung hormat bertemu Abang Johari di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.

MACMA Cawangan Sarawak yang kini mempunyai seramai 640 ahli berdaftar telah menyambut ulang tahun ke-25 penubuhannya pada 8 November 2021.

Sementara itu, Mohammad Tony Ong memberitahu, pihaknya turut menyediakan saluran kepada mereka di luar Sarawak yang berhasrat untuk memberi bantuan kepada golongan memerlukan di negeri ini.

Berhubung aktiviti yang akan dianjurkan dalam masa terdekat, Mohammad Tony Ong memberitahu, MACMA merancang untuk menganjurkan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini selepas dua tahun tidak berbuat demikian.

“Pada mulanya, kami juga merancang untuk acara meraikan Tahun Baharu Cina pada Februari lepas namun keadaan ketika itu masih tidak mengizinkan.

“Ketika ini apabila negara sudah berada pada fasa peralihan ke endemik yang membenarkan lebih banyak aktiviti diadakan, kami mengambil keputusan untuk mengadakan majlis Hari Raya dan lokasinya akan diumumkan kemudian,”katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan