Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hospital Umum Sarawak (HUS) merupakan Hospital Pakar Negeri yang berkapasiti 1,009 katil rasmi. Foto: Laman web Hospital Umum Sarawak

COVID-19 : 17 daerah sifar kes baharu, Kluster DTI Bekenu 2 tamat

KUCHING, 4 April : Kluster DTI Bekenu 2 di Kubis yang diisytiharkan pada 7 Mac lepas disahkan tamat pada hari ini.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, selain itu tiada sebarang kluster baharu dikesan manakala kluster aktif menurun kepada enam.

Sementara itu jangkitan kes baharu pula terus menurun kepada 325 berbanding 351 yang disahkan sehari sebelumnya.

“Daripada jumlah kes baharu COVID-19 hari ini, sebanyak 325 kes dalam kategori satu dan dua manakala hanya tiga kes sahaja dalam kategori tiga, empat dan lima.

“Ini menjadikan jumlah kes kumulatif meningkat kepada 300,264 kes sejak negeri ini dilanda pandemik,”jelas JPBN menerusi kenyataan media hari ini.

Sementara itu, Sarawak turut mengesahkan satu kes kematian baharu melibatkan seorang lelaki berumur 79 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Ini menjadikan korban keseluruhan akibat COVID-19 di Sarawak sehingga hari ini seramai 1,694 orang.

Sementara itu, 17 daerah tidak mencatatkan sebarang kes manakala Kuching kekal merekodkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 95 kes dan diikuti Miri dengan 63 kes. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan