Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUCHING, 3 Mac: Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak , Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menerima kunjungan hormat daripada Panglima Medan Timur Tentera, Leftenan Jeneral Dato Marzuki Muhamad di kediamannya di Demak Jaya, Petra Jaya hari ini.
KUCHING, 3 Mac: Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak , Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menerima kunjungan hormat daripada Panglima Medan Timur Tentera, Leftenan Jeneral Dato Marzuki Muhamad di kediamannya di Demak Jaya, Petra Jaya hari ini.

Tun Taib Mahmud terima kunjungan hormat Panglima Medan Timur Tentera

ByFebbright James

KUCHING, 3 Mac: Tuan Yang Terutama (TYT) , Yang di-Pertua Negeri Sarawak , Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menerima kunjungan hormat daripada Panglima Medan Timur Tentera, Leftenan Jeneral Dato Marzuki Muhamad di kediamannya di Demak Jaya, Petra Jaya hari ini.

Kunjungan Marzuki adalah bagi menjemput Tun Abdul Taib menghadiri Pameran Perkhidmatan Pertahanan (DSA) yang akan berlangsung pada 28 hingga 31 Mac 2022 ini.

Panglima Medan Timur Tentera, Leftenan Jeneral Dato Marzuki Muhamad di kediamannya di Demak Jaya, Petra Jaya hari ini.

Menurut Marzuki, pameran tersebut akan diadakan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia dan pelbagai program akan dilaksanakan sepanjang pameran itu yang disertai oleh 253 pemain industri berkenaan.

“Selain pameran, turut juga diadakan program seperti Forum Putrajaya yang akan melibatkan Menteri Pertahanan dan Panglima Angkatan Tentera.

Forum ini akan membincangkan isu berkaitan dengan keselamatan serantau.

“Dalam pada itu, kami akan mengadakan seminar berkaitan dengan keganasan siber atau cyberterrorism,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selesai menghantar jemputan kepada Tun Abdul Taib.

DSA diadakan setiap dua tahun dan ini merupakan kali ke -17 pameran berlangsung. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan