Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tragedie minum arak di rumah usang
Tragedi minum arak di rumah usang

Sesi ‘minum’ di rumah usang bertukar jadi kes bunuh

SIBU, 3 Mac: Acara lepak sambil minum arak oleh sekumpulan lelaki di sebuah rumah terbiar di sini semalam bertukar tragis apabila tercetus pergaduhan yang berakhir dengan kematian salah seorang daripada mereka.

Kejadian itu terungkai apabila suspek menyerah diri di Balai Polis Sentral Sibu pada pukul 4 petang semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintendan Dr Collin Babat berkata, suspek yang berusia dalam lingkungan 50-an itu mengaku membunuh rakannya ketika mereka sedang minum di tempat kejadian.

Katanya, berdasarkan keterangan, suspek memberitahu, dia bersama tiga yang lain minum arak jenis langkau dan tidak lama selepas itu, pertengkaran sesama mereka tercetus.

“Suspek mendakwa mangsa cuba membunuhnya ketika mereka sedang bertengkar sekitar pukul 12 tengah hari,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Collin berkata, polis kemudian dibawa oleh suspek ke tempat mangsa yang berusia dalam lingkungan 40-an ditemui dalam keadaan berlumuran darah.

Katanya, mayat dihantar ke Hospital Sibu untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” tambah beliau. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan