Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rumah Terbalik Kuching
Rumah Terbalik Kuching

Rumah Terbalik Kuching tawar pengalaman ‘dunia tunggang langgang’

ByHaris Zainuddin

KUCHING, 2 Februari: Jika bercakap mengenai tempat pelancongan menarik ‘rumah terbalik’, majoriti kita mungkin pernah mendengar atau menyaksikan binaan unik itu Tamparuli, Sabah atau yang terletak berhampiran Menara Kuala Lumpur.

Namun demikian, tahukah anda bahawa Sarawak juga sebenarnya memiliki tarikan pelancong serupa iaitu Rumah Terbalik Kuching atau Upside Down House Kuching yang terletak di Taman Sri Sarawak, Jalan Tun Abdul Rahman.

Mahu merasai pengalaman masuk rumah berkonsep tunggang terbalik? Datanglah melawat Rumah Terbalik Kuching di sini.

Lokasinya yang berhampiran dengan beberapa buah hotel iaitu Hotel Tune, Hotel Hilton dan Riverside Majestic menjadikan Rumah Terbalik Kuching ini sangat mudah untuk dikunjungi.

Struktur binaan uniknya yang ‘melawan’ hukum fizik sangat sesuai bagi mereka yang gemar mengambil gambar dan diabadikan dalam media sosial.

Rumah Terbalik Kuching ini dibuka setiap hari bermula pukul 9.30 pagi hingga 6.00 petang pada Isnin hingga Jumaat manakala pada hujung minggu ia ditutup pada pukul 7 malam.

Pengurus Rumah Terbalik Kuching, Tius Mangku berkata, tempat berkenaan mula dibuka pada April 2017 bertujuan untuk menawarkan tarikan pelancongan baharu yang belum wujud di bandar raya ini.

Katanya, di sini juga terdapat sebuah galeri yang mana susun atur barangan dan perabot rumah yang kesemuanya dalam keadaan ‘tunggang terbalik’ sekaligus membuatkan pelancongan merasai pengalaman unik kala berkunjung.

“Pengunjung akan mengalami dunia terbalik kerana bukan sahaja perabot disusun dalam keadaan terbalik malah semua ruang di rumah ini seperti tempat membaca, tempat makan, dapur, tandas, bilik tidur dan pejabat berada dalam kedudukan demikian,”katanya kepada TVS di sini hari ini.

Tius berkata, Rumah Terbalik Kuching ini dibuka setiap hari bermula pukul 9.30 pagi hingga 6.00 petang pada Isnin hingga Jumaat manakala pada hujung minggu ia ditutup pada pukul 7 malam.

“Kami juga mengenakan harga tiket yang amat berpatutan iaitu bagi warganegara dewasa ialah sebanyak RM15 manakala RM10 untuk kanak – kanak,” katanya.

Berdasarkan tinjuan TVS, walaupun pengurusan tidak menetapkan had masa untuk pengunjung berada di dalam rumah terbalik ini, namun mereka biasanya meluangkan masa selama 45 minit di sini.

Kepada anda yang masih mencari tempat baharu untuk membawa ahli keluarga bersiar -siar pada hujung minggu ini, apa kata cubalah datang ‘menterbalikkan’ diri sini. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found