Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Stesen pam penggalak air Sebuyau siap sebelum Jun 2022

ByAhmad Burhanuddin

SEBUYAU, 11 Nov : Projek pembinaan stesen pam penggalak air dan tangki air aras tinggi di Sebuyau dijangka siap sebelum Jun tahun hadapan.

Menteri Utiliti, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, setakat ini projek berkenaan telah mencapai kemajuan sebanyak 95 peratus.

“ Sebenarnya terdapat dua pakej projek besar berkaitan kemudahan bekalan air di sini yang menelan belanja sekitar RM104 juta yang sepatutnya siap bulan depan namun disebabkan oleh pandemik COVID-19, ia mengalami kelewatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau perkembangan projek berkenaan di sini hari ini.

Susulan itu, jelas Stephen Rundi, kontraktor yang melaksanakan projek berkenaan menyasarkan untuk menyiapkan projek berkenaan sebelum sambutan Hari Gawai.

Ujar beliau, projek membabitkan penyaluran bekalan air ini telah dirancang Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Utiliti Sarawak dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) yang merupakan agensi pelaksana.

” Kerajaan negeri meluluskan projek ini bagi menampung peningkatan penggunaan bekalan air di Sebuyau,” katanya.

Untuk rekod, pelaksanaan projek bekalan air ke kawasan luar bandar bermula pada tahun ini dan akan diteruskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) sehingga 2025.

Sementara itu, Penghulu dan Ketua Kampung Sebuyau, Agu Kaleng berharap isu gangguan bekalan air di kawasannya akan selesai apabila siapnya projek itu kelak.

“Saya berterima kasih kepada wakil rakyat yang memohon bekalan air di kawasan kami.

“Sebagai Tuai Rumah, saya berasa amat gembira dan saya berharap dalam tempoh lima tahun akan datang masalah bekalan air ini akan selesai,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Sungai Ladong, Eli Sauni turut berharap penduduk di Sebuyau tidak akan mengalami masalah bekalan air apabila siapnya projek pembinaan stesen pam penggalak dan tangki aras tinggi itu nanti. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan