Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PRN ke-12 Sarawak, tiada kawasan ‘panas’ – Polis

SIBU, 11 Nov : Situasi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak dijangka berlangsung dalam suasana aman berikutan tiada kawasan membabitkan 82 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikategorikan sebagai lokasi panas.

Bagaimanapun, Pesuruhajaya Polis Sarawak , Datuk Aidi Ismail berkata, pihaknya tetap mengambil langkah berjaga – jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

” Meskipun terdapat insiden melibatkan parti di beberapa tempat dalam pilihan raya yang lalu, namun ia tidak serius di Sarawak dan terkawal,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis serah tugas jawatan Ketua Polis Daerah Sibu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) itu di sini hari ini.

Sementara itu, Aidi turut menasihatkan semua parti politik yang akan bertanding dalam PRN Ke-12 Sarawak patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelakkan penularan COVID-19.

Ujarnya, polis akan mengambil tindakan terhadap parti politik yang melanggar SOP khususnya melibatkan program fizikal yang menyebabkan kehadiran orang ramai. – TVS

Tags: polis

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan