Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

TVS terus ke arah penerbitan bermutu

KUCHING, 10 Okt: TVS terus berusaha menerbitkan rancangan bermutu yang mampu memenuhi kehendak masyarakat pada hari ini.

Pengerusi Sarawak Media Group (SMG) Dato Norhyati Ismail berkata, pelbagai program telah dipertontonkan kepada penonton dari seluruh pelosok Malaysia sepanjang setahun penubuhan TVS.

“TVS juga tidak ketinggalan untuk menayangkan pelbagai program dari seluruh dunia dan diterbitkan dari pelbagai era.

“Ini tidak ketinggalan dengan pelbagai rancangan menarik yang telah dipopularkan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee,” katanya dalam ucapan alu-aluannya pada malam persembahan Teater Muzikal Irama dan Lagu di sini.

Persembahan istimewa terbabit yang mengetengahkan hasil karya P. Ramlee dalam bidang nyanyian juga bakal menemui para penonton melalui kesinambungannya, iaitu Getaran Jiwa, sebuah rancangan realiti pertandingan nyanyian yang bertemakan karya seni klasik P. Ramlee dan Saloma.

Ia bakal menemui para penonton secara eksklusif di TVS pada setiap Jumaat, pukul 8.45 malam bermula 15 Oktober 2021.

TVS mula bersiaran pada 10 Oktober 2020, dan telah dilancarkan secara rasmi pada 11 Oktober 2020 oleh Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK). – TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan