Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
National Day celebration in Taipei, Taiwan, on October 10, 2021. (Photo by Annabelle Chic/NurPhoto)NO USE FRANCE

Taiwan tindak akan tunduk kepada China, mahu modenkan ketenteraan – Presiden Tsai

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 10 Okt : Taiwan berikrar akan meningkatkan keupayaan ketenteraannya  bagi menunjukkan tekad untuk mempertahankan diri serta tidak ada yang dapat memaksa negara berkenaan tunduk kepada ‘cadangan’ yang ditetapkan China.

Penegasan berkenaan disuarakan Presiden Taiwan, Tsai Ing- Wen semasa berucap pada sambutan Hari Kebangsaan negara itu hari ini pada ketika ketegangan di Selat Taiwan semakin memuncak.

Beijing pula tidak menunggu lama untuk mengecam kenyataan Ing-Wen itu apabila menyifatkan sebagai mencetuskan konfrontasi dan memutarbelit fakta.

Berbalik kepada ucapan Ing-Wen, beliau berharap dapat memainkan peranan untuk meredakan keadaan serta memberi jaminan bahawa pentadbirannya tidak akan bertindak terburu – buru dalam menyelesaikan krisis berkenaan yang turut menarik minat negara – negara Barat.

” Bagaimanapun seharusnya tidak ada khayalan bahawa rakyat Taiwan akan tunduk pada tekanan,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut, katanya ‘cadangan’ yang ditawarkan China itu tidak memberikan kebebasan atau menjunjung prinsip demokratik untuk Taiwan serta mengabaikan kedaulatan negara berkenaan yang mempunyai 23 juta penduduk.

Berhubung aspek ketenteraan, sambutan Hari Kebangsaan kali ini turut menjadi medan Taiwan mempamerkan aset ketenteraannya dengan jet tempur dilihat terbang di sekitar pejabat Presiden selain trak pelancar peluru berpandu turut melintasi pentas utama.

Ing – Wen berkata, Taiwan bercadang untuk membina kapal selam sendiri dan peluru berpandu jarak jauh yang dapat menyerang sehingga ke China.

Sebelum ini, Presiden China, Xi Jinping menegaskan penyatuan semula dengan Taiwan mesti dipenuhi dan dilaksanakan secara aman.

Beliau mahukan proses berkenaan berlaku dengan aman berdasarkan konsep satu sistem dua negara seperti yang dilakukan terhadap Hong Kong sejak 1997 namun rakyat Taiwan terutamanya golongan muda menentang idea berkenaan.

China dan Taiwan ‘terpisah’ ketika Perang Saudara sekitar tahun 1940-an namun Beijing menegaskan pulau itu akan ditawan semula secara paksa jika perlu.

Pada 1996, hubungan Taiawan dan China berada pada tahap paling kritikal apabila Beijing cuba menganggu Pilihan Raya Presiden Taiawan apabila melakukan ujian peluru berpandu namun diredakan oleh Amerika Syarikat yang menghantar kapal perangnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan