Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tun Taib serah lebih RM200,000 sumbangan kepada 12 institusi kebajikan

ByOdleen Catherny

KUCHING, 10 Okt : Sejumlah RM240,000 sumbangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak diserahkan oleh Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud kepada 12 Institusi-institusi kebajikan sempena Majlis Jamuan Teh di Dewan Undangan Negeri, hari ini.

Sumbangan-sumbangan berkenaan yang diserahkan dalam bentuk cek adalah bertujuan untuk dimanfaatkan bersama oleh ahli-ahli institusi dalam aktiviti-aktiviti institusi masing-masing.

Kesemua 12 penerima melibatkan Ahli Lembaga Pelawat Rumah Seri Kenangan Kuching, Ahli Lembaga Pelawat Rumah Seri Kenangan Sibu, Ahli Lembaga Pelawat Pusat Pemulihan Samarahan, Ahli Lembaga Pelawat Sekolah Tunas Bakti Kuching, Ahli Lembaga Pelawat Sekolah Tunas Bakti (P) Miri, Ahli Lembaga Pelawat Taman Seri Puteri Kuching, Ahli Lembaga Pelawat Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol Sri Aman, Ahli Lembaga Pelawat Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah Kuching, Ahli Lembaga Pelawat Desa Bina Diri Kuching, Asrama Akhlak (L) Kuching, Asrama Akhlak (P) Kuching dan Bengkel Seri Sarawak.

Ahli Lembaga Pelawat Rumah Seri Kenangan Kuching, Ahli Lembaga Pelawat Rumah Seri Kenangan Sibu masing-masing menerima RM30,000 sumbangan manakala Ahli Lembaga Pelawat Pusat Pemulihan Samarahan, Ahli Lembaga Pelawat Sekolah Tunas Bakti Kuching, Ahli Lembaga Pelawat Sekolah Tunas Bakti (P) Miri, Ahli Lembaga Pelawat Taman Seri Puteri Kuching, Ahli Lembaga Pelawat Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol Sri Aman, Ahli Lembaga Pelawat Rumah Kanak-Kanak Toh Puan Hajah Norkiah Kuching, Ahli Lembaga Pelawat Desa Bina Diri Kuching dan Bengkel Seri Sarawak masing-masing menerima RM20,000 sumbangan.

Sementara Asrama Akhlak (L) Kuching, Asrama Akhlak (P) Kuching pula masing-masing diberikan RM10,000 sumbangan kepada setiap wakil.

Terdahulu, majlis menyaksikan Tun Taib bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib dijemput untuk memotong pulut kuning sebagai tanda sambutan tarikh lahir beliau.

Mengiringi beliau ialah Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dr Annuar Rapaee.

Dari kiri : Puan Noriah Ahmad, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak, Dato Fatimah Mohd Iskandar, isteri kepada Speaker DUN Sarawak, Datuk Rosey Yunus, Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Raghad Kurdi Taib, Tuan Yang Terutama Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Datuk Francis Harden Hollis, Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Ketua Menteri Sarawak, Dr. Annuar Rapa’ee, Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Sarawak & Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak (Wakil Menteri Bertanggungjawab)

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan