Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Rentas negeri dibenarkan esok, Malaysia akhiri sekatan 268 hari

BySalasiah Safian

KUALA LUMPUR, 10 Okt : Perdana Menteri mengumumkan kerajaan membenarkan rakyat yang sudah lengkap divaksin untuk melakukan pergerakan rentas negeri tanpa perlu memohon kebenaran daripada Polis diRaja Malaysia (PDRM) bermula esok.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini bermaksud rakyat bebas untuk balik kampung bagi berjumpa ibu bapa yang telah lama terpisah, melancong dan sebagainya.

Bagaimanapun, pada masa sama, beliau mengingatkan rakyat agar tidak bersikap sambil lewa terhadap kelonggaran yang diberikan.

“ Ini penting dalam usaha membantu negara dalam pembukaan semula ekonomi serta persediaan menjalani kehidupan fasa endemik dengan selamat atau #ReopeningSafely,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung hari ini.

Pengumuman hari ini menyaksikan Malaysia mengakhiri sekatan perjalanan yang dikenakan bermula 13 Januari 2021 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP2.0) yang ketika itu hanya melibatkan enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

Ismail Sabri sebelum ini memberi bayangan bahawa kerajaan akan membenarkan pergerakan rentas negeri apabila kadar vaksinasi dewasa di negara ini mencecah 90 peratus yang berjaya dicapai petang ini.

Menyedari pengumuman berkenaan dinanti -nantikan rakyat, Ismail Sabri turut menasihatkan supaya langkah berjaga -jaga di ambil kerana jika bersikap lepas tangan, tidak mustahil penularan wabak COVID-19 ini akan kembali meningkat.

” Sehubungan itu, mereka yang ingin pulang ke kampung disarankan untuk melakukan ujian COVID-19 kendiri terlebih dahulu manakala bagi mereka yang bergejala adalah dinasihatkan untuk menangguhkan perjalanan,” katanya.

Sementara itu , beliau turut memberitahu, walaupun tiada lagi Sekatan Jalan Raya (SJR) untuk mengawal pergerakan rentas negeri, tetapi pemeriksaan akan tetap dilaksanakan untuk pencegahan jenayah dan keselamatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Tegas beliau, kebenaran pergerakan rentas negeri ini adalah tidak terpakai ke atas kawasan atau lokaliti yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Keluarga Malaysia atas kerjasama yang diberikan selama ini dalam mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan menyokong kempen imunisasi COVID-19,” katanya lagi. -TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan