Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rakyat Malaysia bangga! Tahniah Azizulhasni Awang 🇲🇾❤️

‘The Pocket Rocketman’ raih pingat perak dalam acara keirin

ByJas

TOKYO, 8 Ogos : Hasrat pelumba basikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang untuk merangkul pingat emas pertama negara di Olimpik berkecai apabila beliau hanya mampu meraih pingat perak dalam acara keirin lelaki di Izu Veldorome di Shizuoka, di sini hari ini.

Dalam saingan peringkat akhir yang penuh dramatik, penyandang juara Jason Kenny dari Britain mempamerkan kayuhan luar biasa sejak di peringkat awal lagi untuk terus menguasai perlumbaan sehingga ke akhir bagi mengekalkan kejuaraannya.

Baca lagi artikel menarik mengenai >>>  Pencapaian Pandelela sangat membanggakan – Abdul Karim

Mohd Azizulhasni, 33, melintasi garis penamat untuk pingat perak, sekali gus meleburkan harapannya memenangi pingat emas Olimpik pertama bagi Malaysia, manakala pelumba Belanda Harrie Lavreysen yang merangkul pingat emas dalam acara pecut lelaki, meraih pingat gangsa.

Dikenali dengan gelaran “The Pocket Rocketman” yang disandarkan harapan untuk meraih pingat emas, Mohd Azizulhasni memenangi pingat Olimpik pertamanya pada Olimpik Rio 2016 dengan pingat gangsa dalam acara keirin, selepas gagal melayakkan ke peringkat akhir Olimpik Beijing 2008, dan menduduki tempat keenam dalam Olimpik London 2012.

Kejayaan Kenny menyaksikan dominasi Britain dalam acara keirin lelaki berterusan sejak Olimpik Beijing 2008 lagi.

–BERNAMA

Ikuti TVS di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan