Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PEMBERIAN VAKSIN ASTRAZANECA BERMULA ESOK DI SARAWAK

ByAkma Salleh


 
KUCHING: Pemberian suntikan vaksin AstraZeneca kepada mereka yang secara sukarela memilih vaksin itu menerusi tempahan janji temu sebelum ini, akan dibuat bermula Isnin (7 Jun) hingga akhir Julai ini. 

Persiapan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) yang merupakan antara pusat pemberian vaksin (PPV) AstraZeneca kini juga sedang giat dijalankan.

Selain di BCCK, PPV khas buat vaksin AstraZeneca turut dibuka di Pusat Kemahiran Belia Negara di Miri.

Pada 26 Mei lalu, satu juta slot dalam pusingan kedua tempahan janji temu vaksin AstraZeneca bagi rakyat Malaysia berusia bawah 60 tahun habis dalam tempoh 90 minit.

Berikutan sambutan memberangsangkan orang ramai terhadap vaksin itu, kerajaan pada 27 Mei lalu telah memasukkan kembali vaksin tersebut ke dalam senarai vaksin arus perdana Program Imunisasi Kebangsaan COVID-19.

Sebelum ini, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan kaedah sukarela atau ‘opt-in’  apabila melihat ada keengganan dalam kalangan masyarakat untuk menerima vaksin AstraZeneca disebabkan laporan berita mengaitkan vaksin itu dengan kes pembekuan darah.

 

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan