Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Guna Saluran Betul Untuk Salur Bantuan Di Kawasan PKPD

ByAkma Salleh

MIRI: Mana- mana pihak yang ingin menyalurkan bantuan atau sumbangan makanan di kawasan dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan PKPD di Beluru perlu meminta kelulusan terlebih dahulu.

Menteri Bertanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana JPBB Miri, Datuk Lee Kim Shin berkata, pemohonan perlu dibuat kepada JPBB bahagian atau daerah melalui pejabat kebajikan masyarakat bahagian Miri.

Tegasnya tindakan memasuki lokaliti di bawah PKPD adalah bertentangan dengan Akta 342 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang diwartakan oleh kerajaan.

Ini susulan pihak JPBB Miri sebelum ini ada menerima aduan bahawa terdapat pihak yang memasuki lokaliti yang dikenakan perintah PKPD di dalam daerah Beluru tanpa sebarang kelulusan.

“Ia berkaitan dengan ‘kawasan tempat jangkitan’ iaitu tiada seorang pun boleh bergerak dari satu tempat ke suatu tempat yang lain di dalam mana-mana kawasan tempatan jangkitan kecuali bagi maksud tugasan rasmi,” katanya dalam satu kenyataan media pada Ahad.

Lee berkata sekiranya orang awam ingin menghantar bantuan atau bekalan makanan, mereka perlu melalui saluran yang betul bagi penyelarasan penghantaran sumbangan bantuan tersebut.

Mereka yang ingkar boleh dikenakan tindakan tegas di bawah Akta 342 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Tags: #bm, Pkpd

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan