KUCHING: Seorang pemuda berusia 25 tahun maut selepas tertimbus tanah ketika melakukan kerja-kerja penyambungan paip dalam satu insiden di bulatan Bandar Baru Samariang, Jalan Sultan Tengah, Kuching pada jam 5:12 petang Selasa.
Mangsa yang dikenali sebagai Daniel berasal dari Sambas, Indonesia dikatakan sedang melakukan kerja penyambungan paip sedalam 10 kaki di lokasi kejadian sebelum dilaporkan tertimbus tanah.
Seramai 10 anggota bersama seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.
Mangsa berjaya dikeluarkan dari timbusan tanah oleh pasukan bomba dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).