Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Drama Bersiri Televisyen “Hope Finds Love” Pertama Di TVS

ByConnie Grace

KUCHING: DRAMA bersiri Hope Finds Love merupakan drama bersiri bakal menghiasi layar TV bermula 1 Jun 2021 (Selasa) dibawah arahan Vian Media.

Idea asal drama 13 episod ini dicetuskan oleh tenaga kreatif dibawah arahan Josh Nawan yang berdurasi selama 30 minit dan mempunyai 13 episod.

Menurut selaku Pengarah Bahagian Pemasaran dan Komunikasi, Marianna Wong, drama ini akan dipertontonkan dengan menggunakan Bahasa Melayu Sarawak dalam memberi penggunaan dialek tempatan dalam platform di TVS sebagai salah satu usaha untuk mengetengahkan keunikan dialek tempatan.

Katanya, drama ini sekaligus membuka ruang dan peluang bagi anak tempatan Sarawak mencungkil bakat dan ini dapat menjadi satu batu loncatan dalam industri kreatif di Sarawak.

“Rata-rata pelakon yang diketengahkan merupakan wajah-wajah baru yang telah dipilih melalui pencarian bakat, dalam pada itu ia juga dapat menjadi satu batu loncatan dalam industri kreatif di Sarawak.

“Dengan menggunakan platform TVS, kami mengharapkan lebih banyak lokasi dan tempat menarik akan berkolaborasi dengan syarikat-syarikat produksi untuk mengadakan pengambaran disamping memperkenalkan etnik yang ada di Sarawak.” katanya lagi ketika mewakili Ketua Pegawai Eksekutif TVS, Encik Suhaimi Sulaiman.

Menerusi drama ini juga, penonton dapat menyaksikan kemunculan pertama Michelle Lungan, gadis berbangsa Kelabit dari Bario yang memegang watak sebagai Hope Livan Kajan, manakala Azam Pitt sebagai Kimi, Samarinna Tolhip sebagai Regina dan Willy Alfred sebagai Benji.

Menurut Josh Nawan, Pengarah Hope Finds Love, “Vian Media yakin dalam mengasah bakat baru dan membimbing mereka dengan sebaik mungkin.

“Terlibat dalam pembikinan dram ini merupakan satu peluang dan ruang bagi mengasah bakat tempatan terutamanya di Sarawak. Kita ada banyak cerita untuk diceritakandan ini merupakan lebeihan kita semua.” Ujar Josh Nawan.

OST Hope Finds Love yang berjudul “Hey Hey” oleh Priwayat, sebuah kumpulan muzik yang baru mencipta nama sejak tahu lalu, mencipta gabungan melodi yang ceria dan lirik lagunya yang menarik selari dengan dinamik watak-watak dalam cerita ini.

Lagu ini merupakan single pertama mereka yang dikeluarkan tahun ini dan bakal mengeluarkan album mereka pada akhir tahun ini.

    Tags: #bm

    TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

    Follow us on social media:
    Facebook: @tvsarawak , @tvs122

    Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

    Telegram: @tvsarawak

    TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

    X: @tvsarawak

    YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


    Berita Berkaitan