Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Situasi COVID-19 Di Seluruh Johor Terkawal – Exco Kesihatan

ByEekbal Yusuf

JOHOR BAHRU: Situasi COVID-19 di seluruh Johor masih terkawal walaupun wujud kluster-kluster baharu kebelakangan ini, dengan terbaharu Kluster Jeri yang melibatkan daerah Kota Tinggi, Mersing dan Muar, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R.Vidyananthan.

Beliau berkata peningkatan kes yang dilaporkan khususnya di Kota Tinggi adalah ekoran daripada pencarian kes secara aktif dan aktiviti survelan yang dipertingkatkan oleh pihak Jabatan Kesihatan Johor dalam mengekang penularan pandemik tersebut.

“Sehingga 16 Nov, jumlah kluster yang aktif di Johor kekal lima kluster iaitu Kluster Jeri, Meldrum, Bayu, Kempas dan Padang,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

R.Vidyananthan berkata, Kerajaan Negeri Johor merakamkan ucapan tahniah kepada semua anggota barisan hadapan, yang terlibat dalam penugasan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Johor Bahru, di Kempas, di sini.

“Pada 16 Nov, PKPD di ILKKM Johor Bahru telah ditamatkan secara rasminya setelah 14 hari dilaksanakan di kawasan tersebut.

“Kerajaan Negeri Johor ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada semua anggota barisan hadapan daripada pelbagai agensi yang bertungkus-lumus bertugas sepanjang perlaksanaan PKPD di institut tersebut,” katanya.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan