Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lima Nelayan Pulau Aur Terima Kurniaan Enjin Bot Daripada Sultan Johor

ByEekbal Yusuf

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan mengurniakan enjin bot kepada lima nelayan dari Kampung Teluk Berhala, Pulau Aur, dekat Mersing.

Menerusi hantaran berserta beberapa gambar yang dimuat naik dalam laman Facebook Sultan Johor, majlis tersebut diadakan di perkarangan Istana Flintstones, dekat Mersing, dengan dihadiri Pegawai Daerah Mersing Asman Shah Abd Rahman.

Menurut hantaran terbabit, lima nelayan berkenaan cukup terharu apabila dikurniakan enjin bot tersebut oleh baginda.

Pengurniaan berkenaan adalah susulan permintaan kesemua nelayan itu yang diutarakan ketika lawatan spontan Sultan Ibrahim ke Pulau Aur, pada 28 Okt lepas.

“Kami semua menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Tuanku Sultan atas kurniaan enjin ini selepas kami ajukan permintaan kepada baginda tempoh hari. Semoga Tuanku dilimpahi kesihatan, rezeki dan panjang umur,” kata Hazran Harun, salah seorang penerima enjin berkenaan, seperti yang dimuat naik dalam laman Facebook tersebut.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan