
KUALA LUMPUR, 5 Mei: Minat terhadap haiwan eksotik sejak kecil serta ingin berkongsi ilmu pengetahuan mengenainya mendorong seorang lepasan Diploma Teknologi Digital membuka zoo mini haiwan jinak atau ‘petting zoo’ bergerak.
Â

Syazlin Hafisya Mohammad Hasni, 22, yang menetap di Kulim, Kedah berkata mini zoo bergerak yang dibuka sejak 2016 itu, kini menjadi sumber pendapatan beliau.