Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

hujan

JAKARTA, 13 Mei: Hujan lebat yang berterusan telah mencetuskan bencana banjir dan tanah runtuh di Samarinda, Kalimantan Timur sejak Isnin mengorbankan tiga nyawa setakat ini.

KUALA LUMPUR, 4 Apr: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 9 malam ini.

KUALA TERENGGANU, 2 April: Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Setiu dibuka hari ini susulan hujan lebat sejak malam tadi.

KUALA LUMPUR, 15 Mac:  Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sarawak, dengan hujan lebat dijangka berlaku dari 18 hingga 20 Mac ini.
Menurut MetMalaysia, kawasan dijangka terjejas ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), serta Bintulu.
“Amaran dikeluarkan bagi membolehkan penduduk di kawasan terlibat bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk risiko banjir dan gangguan perjalanan,” menurut kenyataan itu.
MetMalaysia menasihati orang ramai agar sentiasa berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa serta mendapatkan maklumat terkini di laman sesawang www.met.gov.my, aplikasi myCuaca, dan media sosial rasmi MetMalaysia.-TVS

LA PAZ, 11 Mac: Hujan lebat dan banjir yang melanda Bolivia menyebabkan 40 orang maut manakala tujuh lagi hilang sejak musim tengkujuh bermula pada November, lapor Xinhua.

Paling Popular

No results found.