Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 9 malam ini. Foto Malaysian Meteorological Department (FB)

Amaran ribut petir di 8 negeri, KL dan Putrajaya hingga 9 malam

ByBernama

KUALA LUMPUR, 4 Apr: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 9 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan negeri itu melibatkan Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak.

Di Kelantan, daerah terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh; Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang) dan Pahang (Bentong, Maran, Bera, Pekan dan Rompin).

Kawasan terlibat di Negeri Sembilan ialah Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Jempol manakala di Muar, Batu Pahat dan Kota Tinggi di Johor.

Keadaan sama diramal melanda Sabah meliputi kawasan Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Tawau, Kunak dan Semporna manakala Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Pusa dan Betong, Sibu, Matu, Miri dan Limbang). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan