ALOR SETAR, 28 April: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa menyantuni lebih 3,000 pengunjung pada sesi petang Himpunan MADANI Kedah 2023 di Dataran Stargate di sini.
Beliau yang diiringi Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, tiba di himpunan itu kira-kira pukul 5.30 petang.