![](https://s3.tvstv.my/wp-content/uploads/2022/10/pixx-20221003-kl-dewan-rakyat.jpg)
KUALA LUMPUR, 3 Okt: Langkah kerajaan menangani cabaran ekonomi dan kesiapsiagaan agensi kerajaan dalam menghadapi kemungkinan bencana banjir antara tumpuan utama pada hari pertama Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen ke-14.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, persoalan mengenai cabaran ekonomi itu diajukan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) kepada Perdana Menteri yang ingin tahu tindakan kerajaan menangani cabaran tersebut demi menjaga kebajikan serta kesejahteraan Keluarga Malaysia semasa sesi Pertanyaan bagi Jawab Lisan di Dewan Rakyat.