Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

ganja

JAKARTA, 9 Mei: Badan Narkotika Nasional (BNN) Indonesia akan menjalankan penyelidikan berkaitan penggunaan ganja dalam bidang perubatan dengan melibatkan Kementerian Kesihatan dan Badan Riset dan Inovasi Nasional (BRIN).

KUCHING, 5 Mei: Taktik sindiket penyeludupan dadah yang menyamar kiriman dadah sebagai ‘hadiah hari raya’ terbongkar selepas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak berjaya menggagalkan cubaan menyeludup ganja seberat 2,102 gram dengan nilai keseluruhan RM62,880.00 di sebuah syarikat kurier di Sri Aman.

KANGAR, 2 Mei: Sebuah bot tanpa nombor pendaftaran yang berlabuh di muara Sungai Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis, yang menimbulkan kecurigaan dalam kalangan komuniti nelayan setempat, akhirnya merungkai kegiatan penyeludupan dadah melalui laluan air.

BINTULU, 25 Apr: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Bintulu berjaya menggagalkan cubaan menyeludup dadah jenis ganja seberat 3,260.47 gram yang dianggarkan bernilai RM97,814.10 ke daerah ini pada Mac 2025.

SEPANG, 14 April:  Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup dadah disyaki jenis ganja dengan anggaran berat 210 kilogram bernilai RM20.57 juta di Zon Perdagangan Bebas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bulan lepas.

Paling Popular

No results found.