
KUALA LUMPUR, 9 Okt: Kesemua enam syarikat telekomunikasi utama tempatan telah menandatangani perjanjian penyediaan akses 5G yang disediakan oleh Digital Nasional Bhd (DNB).
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata syarikat-syarikat tersebut ialah Maxis Bhd, U Mobile Sdn Bhd, Celcom Axiata Bhd, Digi Telecommunications Sdn Bhd, YTL Communications Sdn Bhd (YES) dan Telekom Malaysia Bhd (TM).